Malaysia Berita

Wonda Coffee Extra Shot tampil edisi khas Harimau Malaya

Wonda Coffee melancarkan kembali rangkaian Wonda Extra Shot yang menampilkan rekaan tin unik terbaharu khas Harimau Malaya menjelang kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober ini.

Ia juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Wonda Coffee sebagai rakan jenama untuk mengukuhkan lagi sokongan terhadap pasukan bola kebangsaan yang bakal bersaing di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari ini.

Bagi menyokong Pesta Bola Merdeka dan perjalanan pasukan kebangsaan ke Qatar, rangkaian kopi Wonda Extra Shot edisi khas boleh didapati di kebanyakan kedai runcit di seluruh negara.

Untuk setiap pembelian kopi Wonda Extra Shot, Wonda Coffee akan menderma RM1 daripada hasil kutipan untuk menghantar peminat setia Harimau Malaya untuk menyokong skuad negara pada Piala Asia 2023.

Wonda Extra Shot ditawarkan dalam dua pilihan perisa, Kopi hitam dan Kopi Susu. Rangkaian ini menawarkan kopi dua kali ganda lebih kuat berbanding daripada pilihan kopi tin biasa.

Dengan tambahan dua kali ganda, Wonda Extra Shot akan memberikan anda tenaga tambahan untuk bersorak dan menunjukkan sokongan luar biasa anda terhadap pasukan bola sepak negara kita.

“Kerjasama dengan FAM menggariskan komitmen kami untuk mengukuhkan lagi ikatan antara peminat bola sepak dan pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya,” kata Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan.

“Inisiatif pelancaran semula Wonda Extra Shot bertujuan untuk mengumpulkan semangat, tenaga, dan sokongan tidak berbelah bahagi peminat bola sepak Malaysia dan menyalurkannya ke skuad Harimau Malaya untuk terus memburu kejayaan di pentas antarabangsa.”

“Biar apa pun cara yang dilakukan bagi menyokong pasukan bola sepak negara, kita memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan, dan ini sememangnya mencerminkan intipati identiti Wonda Extra Shot yang memberikan rangsangan tambahan untuk terus maju.”

Wonda dan FAM juga akan mengumumkan pelbagai aktiviti bersama bagi memperkasakan bola sepak tempatan pada masa akan datang.

Kerjasama ini juga akan menyaksikan pelbagai rancangan yang melibatkan komuniti bola sepak di Malaysia dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan dan sukan, demi kemajuan dunia bola sepak negara.

Pada bulan Jun lalu, Wonda mengumumkan kerjasama selama 3 tahun bersama dengan FAM bagi memartabatkan dunia bola sepak tempatan.

“Kita amat berterima kasih atas sokongan Wonda Coffee dalam menyemarakkan semangat peminat bola sepak Malaysia untuk berdiri teguh di belakang pasukan kebangsaan,” kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Ia bukan sahaja mencerminkan komitmen Wonda Coffee kepada dunia bola sepak Malaysia, tetapi turut menggariskan matlamat bersama kami untuk menyatukan negara melalui sukan indah ini.

“Bersama-sama, kita berhasrat untuk memperkasakan peminat bagi menjadi sumber tenaga Harimau Malaya dan menyumbang kepada kejayaan kami di pentas antarabangsa.

“Kerjasama ini adalah bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat kami, dan kami menantikan masa depan yang penuh dengan kejayaan bersama-sama dengan Wonda Coffee.”