Kuala Lumpur City gagal menyaingi Johor Darul Ta’zim di laman sendiri apabila tewaskan 3-0 di Stadium Cheras.
Ini merupakan kemenangan kedua buat JDT selepas menang ke atas Terengganu minggu lalu.
Dalam keadaan padang basah, kedua-dua pasukan bergelut untuk membentuk corak permainan di depan gol.
Namun, KL akhirnya dibolosi pada minit ke-41 menerusi gol sendiri Romel Morales.
JDT semakin selesa apabila Endrick Dos Santos menjaringkan gol pada minit ke-52.
Arif Aiman melengkapkan kemenangan apabila menjaringkan gol di minit akhir perlawanan.
JDT akan bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 6 Mac manakala KL bertemu Terengganu di Kuala Terengganu pada 5 Mac.