Kemarau gelaran Barcelona tanpa Lionel Messi akhirnya ditamatkan.
Meninjau semula tanah yang terakhir dimana dia menuntut karier baharunya sebagai jurulatih serta pengurus sebelum kembali ke Camp Nou sebagai penganti untk Ronald Koeman, Xavi Hernandez mengetuai pasukan Barcelona yang kebuluran gelaran selepas pemergian Messi apabila Blaugranas akhirnya muncul sebagai pemenang mengatasi Real Madrid pada hari Ahad untuk memenangi Piala Super Sepanyol di Riyadh, Arab Saudi.
Barcelona akhirnya dapat mempertingkatkan lagi penampilan mereka dengan sedikit kebanggaan apabila mereka menewaskan Real Madrid 3-1 pada hari Ahad untuk memberi alasan kepada peminat mereka untuk meraikannya semula selepas proses merombak skuad yang mbermula dengan pemergian Messi ke Paris Saint-Germain dan ketibaan bekas pemain merangkap kapten Xavi sebagai jurulatih pada 2021.
“Kami telah melalui beberapa tahun yang sukar, dengan masalah kewangan, pemergian Messi …” kata Xavi.
“Bukan mudah untuk mengembalikan dinamik positif. Ini akan membantu memberi kita sedikit ketenangan. Kami telah bekerja keras dari awal walaupun menerima semua kritikan, dan kami perlu terus bekerja.”
Trofi terakhir yang diraih Barcelona ialah Copa del Rey 2021 di bawah jurulatih ketika itu Ronald Koeman, yang merupakan gelaran ke-35 dan terakhir Messi bersama Barcelona sebelum meninggalkan kelab itu di tengah-tengah kesukaran kewangan kelab itu.
3 gol yang dijaringkan pada perlawanan akhir di Stadium King Fahd untuk memberikan Barcelona trofi Piala Super pertama mereka sejak 2018 — dan keseluruhan ke-14 mereka – datang ihsan Robert Lewandowski, Gavi dan Pedri. Ini juga merupakan yang pertama mereka sejak kejohanan itu mula dimainkan dalam format Empat Akhir pada 2020 dalam perjanjian lumayan untuk persekutuan bola sepak Sepanyol.
Pemain muda Gavi yang membuka tirai jaringan pada minit ke-33 dari jarak dekat selepas hantaran Lewandowski, yang kemudian menggandakan pendahuluan selepas hantaran Gavi dalam jaringan sebelum tamat separuh masa pertama. Yang terakhir juga memainkan peranan penting dalam menjaringkan gol jarak dekat Pedri pada minit ke-69.
Karim Benzema menjaringkan gol untuk Loa Blancos lewat pada masa kecederaan.
“Kami tahu kami tidak boleh melepaskan peluang ini,” kata kapten Barcelona, Sergio Busquets. “Kami telah melalui perubahan di kelab dan saya fikir kejayaan ini akan menjadikan kami lebih kuat dan membolehkan kami terus bersaing, terus berkembang dan terus berjuang untuk gelaran.
“Adalah jelas bahawa di Barça anda sentiasa perlu menang,” kata Busquets. “Kami tahu ia akan menjadi seperti itu selepas Xavi tiba, dan kini kami akhirnya dapat melakukannya.”
Walaupun telah menewaskan Barcelona 3-1 di laman sendiri dalam “klasiko” pertama musim ini pada Oktober tahun lalu, Madrid mencuba tahap terbaik mereka untuk memenangi kejuaraan Piala Super kedua berturut-turut di Arab Saudi dan menyamai rekod 13 trofi Piala Super Barcelona.
“Ia satu kehilangan yang sukar dan kami perlu belajar daripadanya,” kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti.
“Kami akan memperbaiki dan bangkit daripadanya.”