Liga Super Malaysia Berita

JDT bakal tandatangan 4 pemain baharu

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menandatangani empat pemain baharu dalam jendela perpindahan kedua musim ini.

Ini selepas jendela kedua mula dibuka pada 28 Mei lalu dan akan ditutup pada 24 Jun ini.

“Ini untuk menambah kekuatan skuad,” kata Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.

“Oleh itu, dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan akan menyertai skuad dalam masa terdekat.”

Setakat ini, pasukan utama JDT dibarisi Bergson, Fernando Foriestieri, Fernando Rodriguez, Bienvenido Maranon, Leandro Velazquez, Mauricio, Carli de Murga dan Shane Lowry.

Namun, Sidibe hanya beraksi dalam 3 perlawanan, Mauricio dan Maranon beraksi dalam 2 perlawanan manakala Fernando Rodriguez hanya beraksi dalam satu perlawanan.

Malah, ada beberapa pemain tempatan yang jarang beraksi termasuk pemain naturalisasi, Guilherme De Paula, Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid.