Liga Super Malaysia Berita

JDT perkenal jersi baharu 2022

Kelab Johor Darul Ta’zim memperkenalkan jersi baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Bagi jersi yang akan dipakai di Stadium Sultan Ibrahim, JDT mengekalkan latar belakang berwarna biru namun direka bersama tiga jalur berwarna merah.

Bagi jersi yang akan dipakai di gelanggang lawan, JDT menggunakan latar belakang berwarna putih dengan warna merah jambu.

Kedua-dua jersi itu direka dengan pelbagai saiz termasuk wanita dan kanak-kanak.

Jersi baharu itu boleh didapati di kedai JDT Online Store di https://jdtfc.com.my/.