Liga Super Malaysia Berita

JDT jumpa juara Liga Jepun dan kelab gergasi China, Guangzhou FC

Johor Darul Ta’zim berdepan cabaran getir dalam Liga Juara-Juara Asia 2022 musim ini.

Ini selepas juara bertahan Liga Super Malaysia itu diundi dalam Kumpulan I, bersama dengan pasukan juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale dan kelab Liga Super China, Guangzhou FC.

Sementara itu, sebuah pasukan lagi yang akan melengkapkan Kumpulan I adalah pemenang perlawanan play-off antara naib juara K-League, Ulsan Hyundai atau kelab Thailand, Port FC.

Saingan peringkat kumpulan ACL 2022 akan bermula pada bulan April.

JDT dalam misi untuk mara ke peringkat kalah mati selepas tersingkir di peringkat kumpulan sejak menyertai ACL pada 2019.