Liga Perdana Berita

Edinson Cavani boleh menjadi penyelamat Ole Gunnar Solskjaer

Terdapat banyak ejekan apabila matlumat mengenai pasukan Manchester United untuk perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur pertama kali diketahui, terdapat rasa tidak percaya kerana ia termasuk dua pemain depan dengan gabungan usia 70 tahun.

Walau bagaimanapun, ejekan itu tidak lama lagi pudar apabila kedua-dua negarawan tertua pasukan United XI, Edinson Cavani dan Cristiano Ronaldo, melontar pasukan Ole Gunnar Solskjaer ke kemenangan 3-0 di tempat lawan yang amat diperlukan dan kritikal.

Ronaldo yang berusia 36 tahun sekali lagi berjaya meningkatkan tahapnya dan membuktikan kemampuannya dengan sepakan voli yang cemerlang untuk gol pembukaannya, dan diikuti dengan hantarannya untuk gol kedua United melalui Cavani di Stadium Tottenham Hotspur. Persembahan terakhir ini amat menarik perhatian dalam penempatannya sebagai separuh daripada gandingan hadapan dalam formasi 3-5-2 ketika kehadiran dinamo Uruguay itu dirasai di seluruh padang.

Cavani jelas merupakan penyelesaian kepada masalah Manchester United baru-baru ini selepas kekalahan teruk 5-0 di tangan Liverpool yang membawa tumpuan jelas kepada pertahanan United yang mudah hancur. Penceroboh Jurgen Klopp yang tertekan tidak menemui sebarang kesukaran untuk menewaskan saingan mereka apabila empat penyerang barisan hadapan Solskjaer berada di atas padang tanpa sebarang perpaduan.

Namun, ketika menentang Tottenham, perbezaannya amat ketara, mujurlah United. Hampir seminggu selepas Liverpool merendah-rendahkan mereka, walaupun masa tidak mencukupi untuk budak-budak Solskjaer untuk menjadi pasukan dilatih dengan baik semalaman, nasib baik cukup masa untuk bos United itu mencari peluang baru dengan beberapa pertukaran dalam pemilihan pasukannya. Oleh sebab itu dijadikan gandingan Ronaldo dan Cavani yang sama sekali tidak dijangka.

Jelas sekali, kehadiran Cavani dalam pasukan dan kadar kerja pemain berusia 34 tahun itu menjadikannya seorang penekan paling berkesan, terutamanya dengan kelebaran yang disediakan oleh bahagian sayap. Dengan trio serangan hadapan Cavani, Ronaldo dan Bruno Fernandes yang bekerja sebagai pusat serangan tengah, tiba-tiba penyerang saingan mendapati ia tidak begitu mudah lagi untuk bermain melalui pertahanan United, seperti yang ditemui barisan hadapan Tottenham.

Tanda-tanda positif ialah Cavani dan Ronaldo boleh bekerjasama, seperti yang ditunjukkan melalui cara mereka bergabung untuk gol kedua Manchester United. Dengan banyak kritikan yang telah dibuat mengenai peranan Ronaldo kali keduanya di Old Trafford sejak kembali ke kelab itu pada Ogos, kini nampaknya pemain serakannya dari Uruguay itu mungkin akan membantunya berjaya dalam tugasnya kembali sebagai pemain United sekali lagi.

“Kedua-duanya sangat bagus,” kata Solskjaer mengenai persembahan Cavani dan Ronaldo menentang Spurs.

“Sesi latihan pagi Selasa oleh Edinson Cavani adalah yang terbaik yang saya lihat oleh seorang individu sejak saya datang ke sini. Dia mengetuai barisan sebagai contoh yang baik untuk semua orang, bagaimana untuk mengubah mood, mengubah prestasi. Kedua-duanya diberitahu awal-awal mereka akan bermain di hadapan sebagai dua dan mereka telah seperti dua kacang dalam pod. Ia berjaya hari ini, dua gol cemerlang.”

Cavani menerkam dalam lariannya di bahagian belakang, mencipta ruang untuk rakan sepasukannya, malah menjejak ke belakang untuk membantu melakukan terjahan dan kerja pertahanan yang mudah diabaikan dalam bahagian sendiri. Mengekalkan perkara ini secara konsisten dalam bentuk dan pendekatan pasukan baharu ini akan menjadikan pemain Uruguay itu boleh dikatakan pemain paling penting dalam skuad United. Yang kemudiannya akan menimbulkan persoalan tentang apa yang akan berlaku apabila tiba masanya untuk dia kembali ke Amerika Selatan apabila kontraknya tamat pada penghujung musim?

Buat masa ini, sekurang-kurangnya, Solskjaer boleh berhenti memijak air untuk terus bernafas dan terus mengeksploitasi dan mengutamakan kelebihan strategi menggunakan Cavani dengan berkesan. Kepentingannya kepada Manchester United tidak lagi harus dipandang remeh kerana ia telah berlalu pada awal musim ini jika bos United itu tidak berminat untuk meneruskan kehidupannya perlawanan demi perlawanan di bawah tekanan dan penelitian yang sengit.

Cavani nampaknya memberikan Solakjaer peluang yang lebih baik untuk terus hidup dan kemungkinan besar dapat menyelamatkan pekerjaannya.