Sejak dua minggu lalu, Football Tribe telah memulakan rancangan Bola & Chill bersama personaliti bolasepak, Ash Futbolita.
Ash berpengalaman luas dalam mengacarakan pelbagai rancangan bolasepak di televisyen.
Ramai yang tidak tahu bahawa Ash sebenarnya merupakan seorang ejen pemain yang berdaftar dengan FIFA.
Bola & Chill mengupas pelbagai isu mengenai bolasepak, baik bolasepak tempatan mahupun luar negara.
Peminat juga boleh berkongsi pandangan secara langsung bersama Ash, selain daripada menggunakan ruang chat sedia ada untuk berbual mengenai pelbagai jenis isu.
Jangan lupa saksikan Bola & Chill Episod 3 di https://live.football-tribe.com/.