
Mesyuarat jawatankuasa khas pengurusan pandemik Covid-19 bersetuju untuk melonggarkan SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, antara ketetapan yang telah diputuskan ialah membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium, kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin.
“Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin.
“Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.
“Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan serta MKN dan akan berkuatkuasa pada 10 September 2021.”
Katanya, keterangan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini akan dikemaskini oleh MKN dan
kementerian berkaitan.
“Amalkan kawalan kendiri serta gaya hidup sihat.”