Malaysia Berita

Faizal Azumu dilantik Menteri Belia dan Sukan

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam barisan Kabinet baharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Beliau menggantikan Datuk Reezal Merican Naina Merican yang kini berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini pertama kali Faizal menggalas jawatan menteri Kabinet selepas berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak dan Penasihat Perdana Menteri.

Faizal mempunyai pengalaman menerajui Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Manakala Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dilantik sebagai Timbalan Menteri bagi menggantikan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Lian Ker sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

Faizal berdepan tugas berat untuk menghidupkan semula industri sukan negara yang sudah lumpuh terlalu lama sejak pandemik Covid-19 tanpa melalui proses pemulihan seperti industri lain.