Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Kipre Tchetche wira Kedah, bantu tewaskan Pulau Pinang

Kedah mencatatkan kemenangan berharga selepas berminggu-minggu dalam tempoh kuarantin apabila menewaskan negeri jiran, Pulau Pinang 4-1 di Stadium Darul Aman.

Kipre Tchetche menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-16 sebelum membuat hantaran kepada Baddrol Bakhtiar yang menjaringkan gol kedua Kedah pada minit ke-22.

Kipre sekali lagi menembusi gawang gol pihak lawan dengan menyudahkan lorongan Kpah Sherman pada minit ke-38.

Namun, Pulau Pinang merapatkan jurang menerusi jaringan David Rowley pada minit ke-43, menjadikan kedudukan 3-1 pada separuh masa kedua.

Kpah melengkapkan kemenangan Kedah apabila menyudahkan hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-54, jaringan gol ke-11 buat dirinya dalam saingan Liga Super musim ini.

Keputusan 4-1 kekal hingga tamat perlawanan, dengan Kedah mengumpul 29 mata selepas 15 perlawanan.

Pulau Pinang kekal di tangga ke-3 dengan 31 mata selepas 18 perlawanan.

Kedah akan berkunjung ke Terengganu pada Sabtu, 21 Ogos, manakala Pulau Pinang akan berdepan Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad, 22 Ogos ini.