Tiga kelab gergasi England mencatatkan kemenangan bergaya pada hari pembukaan Premier League musim 2021/2022 pagi tadi.
Manchester United meraih kemenangan terbesar 5-1 ke atas Leeds United di Old Trafford, dengan Bruno Fernandes menjadi wira Man United apabila menjaringkan hatrik manakala Paul Pogba mencatatkan empat bantuan gol.
Fernandes menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-30, namun Leeds menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik Luke Ayling pada minit ke-49.
The perfect day for @B_Fernandes8 👏#MUFC | #MUNLEE
— Manchester United (@ManUtd) August 14, 2021
Man United kembali di depan menerusi penyerang berusia 19 tahun, Mason Greenwood sebelum Fernandes menambah gol keduanya dua minit kemudian.
Fernandes mencatatkan hatrik pada minit ke-60 menerusi rembatan kuat yang terus menerjah ke gawang gol, dengan Fred melengkapkan kemenangan Man United pada minit ke-68.
Pemain baharu Man United, Jadon Sancho turut membuat penampilan pertama apabila menggantikan Daniel James pada minit ke-75.
Di Stamford Bridge, Chelsea meraih kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace, dengan gol pendahuluan dijaringkan oleh Marcos Alonso menerusi sepakan percumanya pada minit ke-27.
Cristian Pulisic menggandakan kedudukan pada minit ke-40 sebelum Trevor Chalobah menjaringkan gol pertamanya dengan Chelsea menerusi rembatan deras pada minit ke-58.
Liverpool memulakan musim baharu Premier League dengan kemenangan 3-0 ke atas Norwich di Carrow Road, apabila Mohamed Salah cemerlang menjaringkan satu gol dan mencatatkan dua bantuan gol.
Diogo Jota menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-26 menerusi hantaran Salah, sebelum Salah sekali lagi membuat hantaran kali ini kepada Roberto Firmino yang menyudahkan gol kedua pada minit ke-65.
Salah melengkapkan prestasi cemerlangnya apabila menjaringkan gol lencongan pada minit ke-74, memastikan Liverpool pulang dengan tiga mata.
If you can start your season like @MoSalah, always start your season like @MoSalah.
Breaking records in Red. 𝗔𝗴𝗮𝗶𝗻… ❤️ pic.twitter.com/yd2foUls9k
— Liverpool FC (@LFC) August 14, 2021