
PJ City gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 3-0 kepada Terengganu di Kelana Jaya, malam tadi.
Gol pendahuluan dijaringkan seawal minit ke-13 menerusi Dechi Marcell N’Guessan, dengan keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Ketika separuh masa kedua hampir ke penghujungnya, Terengganu menambah dua lagi jaringan menerusi David Da Silva meledak gol kedua pada minit ke-89, sebelum Rahmat Makasuf menjaringkan gol ketiga di minit-minit terakhir wisel penamat.
📹 HIGHLIGHTS: @pjcityfc 0-3 @FCTerengganu
Terengganu FC membawa pulang tiga mata menerusi jaringan Dechi N'Guessan, David da Silva dan Rahmat Makasuf.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/mfnFou6OA4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 4, 2021
Terengganu kini mengumpul 34 mata selepas 17 perlawanan, beza 8 mata dengan pendahulu Liga Super, JDT.
Ia juga merupakan kemenangan ke-10 yang dicatatkan Terengganu musim ini.
Di Kota Kinabalu, Sabah terikat 1-1 menentang KL City.
Pemain pertahanan Sabah, Randy Baruh menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola dari gawang.
Namun Sabah berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Levy Medinda pada minit ke-66, dengan keputusan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @SabahFCofficial 1-1 @KLCityFootball
KL City FC berada di depan hasil jaringan gol sendiri Randy Baruh pada babak pertama, namun sepakan percuma Levy Madinda pada minit ke-65 menyelamatkan satu mata buat Sabah FC.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/ulnz8RhRI1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 4, 2021
Keputusan itu menyaksikan Sabah berada di tangga ke-7 Liga Super dengan 19 mata, 3 mata di belakang KL City yang mengumpul 21 mata selepas 17 perlawanan.
Sabah juga mencatatkan tiga perlawanan tanpa kalah, manakala KL City mencatatkan 7 perlawanan tanpa kalah setakat ini.