JDT hanya perlu mengharungi empat perlawanan sahaja lagi sebelum dinobatkan juara Liga Super musim 2021, apabila menewaskan Melaka United 1-0 malam tadi.
Meskipun gol tunggal itu merupakan gol penalti Bergson Da Silva seawal minit ke-9, ia cukup untuk JDT menjarakkan lagi kedudukannya dengan pencabar terdekat, Terengganu.
JDT kini mengumpul 42 mata selepas 17 perlawanan, dan mencatatkan kemenangan keenam berturut-turut setakat ini.
📹 HIGHLIGHTS: @MelakaUnitedFC 0-1 @OfficialJohor
Sepakan penalti Bergson da Silva seawal minit kedua memisahkan Melaka United dan JDT di Stadium Hang Jebat,#LigaSuper2021 pic.twitter.com/RVIf1hXFwT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 3, 2021
Di Ipoh, Perak tewas kepada Pulau Pinang 5-3 dalam aksi yang cukup dramatik.
Rafael Vitor menjadi wira Pulau Pinang apabila menjaringkan hatrik pada minit pertama, minit ke-8 dan minit ke-28 manakala Casagrande menjaringkan gol pada minit ke-21 serta Abdul Aziz Rahim pada minit ke-88.
Penyerang import Perak, Nana Poku juga menjaringkan hatrik pada minit ke-16, dan dua jaringan penalti di minit ke-35 dan ke-58 namun tidak cukup untuk mengelak daripada kekalahan keempat dalam lima perlawanan.
Ini juga merupakan kekalahan Perak yang ke-10 dalam saingan Liga Super musim ini.
📹 HIGHLIGHTS: @peraktbgmy 3-5 @fa_penang
Lapan gol terhasil di Stadium Perak! Penang menang hasil jaringan Rafael Vitor (hatrik), Casagrande dan Azim Rahim, manakala Perak membalas dengan hatrik Nana Poku.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/5DJuLuTlnO
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 3, 2021
Selangor pula mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas UiTM FC 2-0 hasil jaringan Sharul Nazeem Zulpakar pada minit ke-27 serta Ifedayo Olesegun pada minit ke-57.
Ia juga merupakan kemenangan ke-7 Selangor dalam saingan Liga Super musim ini, yang menyaksikan Selangor kekal di tangga ke-5 dengan 26 mata.
📹 HIGHLIGHTS: @selangorfc 2-0 @uitmfclions
Jaringan Sharul Nazeem Zulpakar dan Ifedayo Omosuyi memberi kemenangan 2-0 kepada pasukan tuan rumah.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/GeKqqdBuMd
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 3, 2021