Walaupun ramai yang menjangkakan perlawanan sengit, Johor Darul Ta’zim sebaliknya mudah menewaskan Pulau Pinang 3-0 di Georgetown.
JDT mendahului menerusi gerakan pantas Safawi Rasid pada minit ke-15, sebelum Bergson menggandakan jaringan pada minit ke-43.
Mohamadou Sumareh melengkapkan kemenangan JDT apabila mengambil kesempatan di atas kelewatan Pulau Pinang untuk melindungi penjaga golnya, Bryan See yang sekadar dapat menepis bola keluar hasil tendangan Bergson, dan disudahkan dengan mudah pada minit ke-52.
Ini juga adalah gol pertamanya sejak menyertai JDT awal tahun ini.
📹 HIGHLIGHTS: @fa_penang 0-3 @OfficialJohor
JDT memungut tiga mata penuh di Stadium Bandaraya menerusi jaringan Safawi Rasid, Bergson dan Mohamadou Sumareh.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/4gMCk2HTA7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 8, 2021
JDT kekal pendahulu Liga Super dengan 30 mata, manakala Pulau Pinang kekal di tangga ke-4 dengan 22 mata.
Ini merupakan kekalahan kedua Pulau Pinang berturut-turut, selepas tewas kepada KL City minggu lalu.
KL City pula sekadar seri 1-1 sama dengan pasukan tercorot liga, UiTM FC.
UiTM menyangka pasukannya dapat mencatatkan kemenangan pertama musim ini apabila Kwon Yong-hyun menjaringkan gol hasil sepakan penalti pada minit ke-84, selepas pemain Korea Selatan itu dijatuhkan oleh Irfan Zakaria dalam kotak penalti.
KL bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan, menerusi jaringan kontroversi Shukor Adan, apabila dilihat seolah-olah beliau menjaringkannya menerusi tangan.
📹 HIGHLIGHTS: @uitmfclions 1-1 @klcityfootball
Penyerang import baharu, Kwon Yong-hyun memberi kelebihan kepada UiTM FC namun tandukan Shukor Adan pada saat-saat terakhir menyelamatkan satu mata untuk KL City FC#LigaSuper2021 pic.twitter.com/LsKIxa0LS2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 8, 2021
KL kekal di tangga ke-6 dengan 17 mata, manakala UiTM di tangga tercorot dengan hanya 2 mata.
Kedah kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menang tipis 1-0 ke atas Sabah di Kota Kinabalu.
Walaupun cuaca buruk dengan hujan lebat yang memaksa perlawanan dihentikan seketika, Kedah tetap berjaya memperoleh kemenangan apabila Kpah Sherman menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-79.
📹 HIGHLIGHTS: @SabahFCofficial 0-1 @kda_fc
Jaringan Kpah Sherman memisahkan kedua-dua pasukan dalam aksi LS13 di Stadium Likas, malam tadi.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/ghhby91Ums
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 8, 2021
Kedah kini mengumpul 26 mata, beza empat mata di belakang JDT.
Sabah kekal di tangga ke-7 dengan 16 mata.