Liga Super Malaysia Berita

Selangor mahukan enjin Honda?

Selangor dilaporkan telah mengemukakan tawaran kepada bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda.

Menurut Tokyo Sports Web, Honda mengakui bahawa beliau menerima tawaran daripada sebuah pasukan Liga Malaysia sebelum membuat keputusan menyertai kelab Liga Azerbaijan, Neftci Baku.

Beliau menandatangani kontrak dua bulan bersama pasukan itu pada 15 Mac lalu dan kontraknya dijangka tamat pada 15 Mei depan.

“Saya tidak pernah terfikir akan datang ke Azerbaijan ketika mula bermain bola sepak tapi sekarang, sejujurnya saya benar-benar bersemangat untuk beraksi di lebih banyak negara,” katanya pada bulan lalu.

Setakat ini, Selangor mempunyai lima pemain import iaitu Ifedayo Olusegun, Oliver Buff, Safuwan Baharudin, Manuel Konrad dan Tim Heubach.

Ini tidak termasuk Jordan Ayimbila, George Attram dan Hein Htet Aung yang beraksi di Selangor 2.