Hadi Fayyadh Abd Razak tidak bernasib baik apabila mengalami kecederaan ACL ketika di kelab J3, Azul Claro Numazu pada 23 Mac lalu.
Justeru, pemain berusia 21 tahun itu akan kembali ke kelab asalnya, Fagiano Okayama.
“Pembedahan akan diadakan dengan rawatan dan pemulihan perubatan akan dilakukan di Okayama, pasukan asalnya,” menurut laman rasmi J.League.
Hadi dipinjamkan di Azul Claro Numazu untuk mendapatkan minit permainan selepas dua musim di Fagiano.