Pusingan ketiga Liga Super berakhir di Ipoh apabila Perak tewas 2-0 kepada Terengganu.
Terengganu mendahului menerusi jaringan Faisal Halim dalam kotak penalti pada minit ke-24.
Walaupun Perak cuba menyamakan kedudukan dengan serangan demi serangan menerusi Guilherme De Paula, ia gagal diterjemahkan dengan baik sama ada disebabkan penyudah yang tumpul atau kecekapan pertahanan pihak lawan.
90+1' GOL | Dechi N'Guessan
Pemain tengah ini m.enambah gol kedua Terengganu FC pada masa tambahan@peraktbgmy 0-2 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/MP339aXSyN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 14, 2021
Ketika perlawanan melewati minit ke-90, Terengganu sekali lagi mengejutkan tuan rumah apabila menggandakan jaringan menerusi Dechi Marcel N’Guessan, sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukan dari Pantai Timur itu.
Terengganu kekal di tangga kedua liga dengan mengumpul 9 mata selepas 3 perlawanan, berkongsi mata dengan JDT dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol.