![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2020/11/windsor-john-afc_hj6d2hrlgd791m6cklnyzvt8w-800x450.jpg)
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John mengesahkan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda ke Jun ini.
Keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama semua negara dalam Kumpulan G iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, UAE dan Vietnam.
“Ia juga melibatkan tujuh kumpulan lain yang sebulat suara memilih Jun sebagai tarikh terbaik merujuk kepada keadaan semasa ketika ini,” katanya kepada Astro Arena.
“Semua negara terlibat bersetuju bahawa keadaan berkemungkinan bulan hadapan tidak akan memberikan peluang untuk menganjurkan perlawanan jadi keputusan yang terbaik telah diambil untuk ditunda kepada bulan Jun.”
Justeru, AFC akan mengumumkan tarikh baharu perlawanan pada bulan Jun serta akan menetapkan tuan rumah bagi setiap kumpulan.