Liga Premier Malaysia Berita

Skuad FAM-MSN tidak layak beraksi Piala FA dan Piala Malaysia

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan skuad projek FAM-MSN tidak layak untuk beraksi dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Ini memandangkan status pasukan itu ialah pasukan pembangunan dan bukannya pasukan profesional.

Ini sekali gus meletakkan kedudukan skuad FAM-MSN sebaris dengan JDTII, Selangor 2, Perak II dan Terengganu II.

“Skuad projek tidak boleh beraksi di Liga Super,” kata Stuart kepada NST.

“Pasukan itu akan beroperasi sebagai pasukan pembangunan dalam Liga Premier dan tidak layak beraksi dalam Piala FA dan Piala Malaysia.

“Kami rasa tidak ada masalah dengan AFC dari segi penglibatan skuad FAM-MSN di Liga Premier.”

Dalam Liga Premier musim depan, hanya terdapat 6 pasukan kompetitif iaitu Kelantan, Kelantan United, Kuching, Negeri Sembilan, PDRM dan Sarawak United.