Luqman Hakim Shamsudin dilaporkan pulih sepenuhnya dari kecederaan dan sudah kembali berlatih bersama skuad utama KV Kortrijk.
Ini selepas pemain berusia 18 tahun itu mengalami hamstring dan terpaksa berehat selama 3 minggu, menyebabkan beliau terlepas beberapa perlawanan liga.
Bagaimanapun, minggu ini Luqman dilihat sudah mula berlatih dengan skuad utama, menandakan beliau sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan seterusnya.
Always happy ⚪️🔴 pic.twitter.com/y4p12SnPow
— luqmansham10 (@luqmansham10) November 25, 2020
KV Kortrijk akan melayani kunjungan Oostende pada 30 Nov, Isnin ini, disusuli dengan pertemuan menentang Charleroi pada 8 Dis dan Leuven pada 13 Dis.
Kelab Belgium itu menduduki tangga ke-12 ketika ini, dengan mengumpul 16 mata dari 13 perlawanan.