Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Liga Super: Terengganu tewaskan PJ City 2-0

Liga Super akhirnya bersambung selepas lima bulan apabila Terengganu menewaskan PJ City 2-0 di Stadium Kelana Jaya sebentar tadi.

Dominique da Sylva sekali lagi menjadi penyerang yang disanjungi peminat apabila menjaringkan dua gol buat pasukannya.

Terengganu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga setengah jam untuk mendahului apabila Da Sylva menjaringkan gol pada minit ke-31.

PJ City dilihat banyak melakukan percubaan dan asakan namun gagal disudahkan dengan baik.

Terengganu sebaliknya mengambil peluang melebarkan kurang apabila Da Sylva menjaringkan gol kedua pada minit ke-73.

Keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

 

Dua gol tersebut terus menjadikan Da Sylva sebagai penjaring terbanyak liga dengan 6 gol.

Kemenangan itu juga menyebabkan Terengganu kini berada di tangga ketiga Liga Super dengan mengumpul 7 mata, satu mata di belakang Perak dan tiga mata ketinggalan dengan JDT.