Tidak ada teori yang mencukupi tentang bagaimana Liga Perdana akan selesai di keadaan masa kini dengan penggantungannya sekarang. Walau bagaimanapun, terkeluar lagi satu pelan bahawa ada kesempatan bolih melanjutkan musim di Negara Cina!
Pelan terbaru, menurut The Telegraph, akan menyaksikan liga diselesaikan dalam tempoh 5 minggu dalam masa 35 hari, dengan penamatannya pada awal bulan Jun dan dengan kelab bermain sekitar dua perlawanan seminggu selama lima minggu untuk menyelesaikan jadual di belakang pintu tertutup.
Perundingan juga sedang berlangsung mengenai permainan mungkin dimainkan di tempat-tempat neutral, dengan Wembley dan St George’s Park telah dinamakan sebagai tempat utama yang berpotensi. Walau bagaimanapun, laporan terkini mendakwa harapan adalah untuk kelab-kelab habiskan permainan di tempat kelab mereka masing-masing.
Dengan majoriti pasukan masih kebelakangan dengan sembilan hingga sepuluh perlawanan, ia memerlukan sekurang-kurangnya lima minggu untuk membungkus semua permainan, yang bermakna tiada banyak masa bagi pemain untuk berehat secukupnya kerana masih ada Piala FA dan Permainan Eropah masih belum di layani.
Perbincangan tentang sama ada atau tidak semua permainan boleh disiarkan tanpa peminat yang hadir juga telah muncul, dan UEFA telah mengalihkan larangan pada pukul 3 petang permainan tiap-tiap Sabtu yang di siarkan.
Kelab-kelab di England kini bermula memberi perhatian dengan minat terhadap Bundesliga yang kini telah membolehkan pemain meneruskan latihan dalam kumpulan lima dan kurang. Sekatan seperti ini memerlukan keperluan bagi pengurus untuk pandai dengan latihan dan memaksimumkan strategi meletakkan latihan pemain yang tepat bersama-sama dalam setiap kumpulan untuk hasil terbaik.
Dengan pandangan yang optimis, ini sememangnya akan menjadi permulaan kepada Bundesliga kembali lagi pada bulan depan.
Liga Perdana Inggeris tidak berada di tahap awal yang akan berlangsung pada bulan Mei walaupun harapannya adalah bahawa latihan serupa seperti yang dilakukan olih Bundesliga boleh berlaku bulan depan dan bola sepak akan kembali pada bulan Jun.
Dengan tidak mengira bila masa dan bagaimana liga boleh kembali dalam masa terdekat, ada juga kebimbangan yang serius bahawa tidak ada peminat yang dibenarkan masuk ke dalam permainan menjelang November ketika musim depan diharapkan dapat dilakukan.
Musim perlu diselesaikan dengan cara yang dapat diterima olih semua pihak sebelum musim berikutnya dapat dimulakan untuk mengatasi masalah penyingkiran, kelayakan Eropah dan juga pemenang kejuaraan liga, walaupun Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk mendapatkan gelaran Liga Perdana pertamanya dalam 30 tahun.