Liga Super Malaysia Berita

PDRM enggan kalah dengan JDT

Jurulatih PDRM, Ishak Kunju tidak mahu pasukannya mengaku kalah dengan begitu mudah walaupun akan bertemu JDT di Stadium Cheras malam ini.

Malah beliau berharap dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Jika berjaya melakar kejutan, saya anggap bonus kerana kami tahu kekuatan JDT, justeru bagi memastikan pemain mampu menyaingi lawan, akan ada sedikit rombakan dalam senarai pemain selain perubahan taktikal,” katanya kepada BH Sukan.

Dalam dua aksi terdahulu, PDRM hanya mampu seri 0-0 bertemu Sabah sebelum tewas 1-3 kepada Melaka.