Liga Super Malaysia Berita

Nafuzi Zain bangga dengan Terengganu

Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain bangga dengan prestasi barisan pemainnya selepas bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah 4-3 di Stadium Darul Aman.

Nafuzi berkata taktikalnya menjadi walaupun bolos sehingga tiga gol.

“Walaupun menang, Kedah memiliki banyak peluang, cuma rezeki memihak kepada kami pada perlawanan ini,” katanya kepada BH Sukan.

“Walaupun ketinggalan 1-3, kami berjaya bangkit mengatasi Kedah dengan keputusan 4-3 yang mana saya anggap itu bukan sesuatu yang mudah dilakukan tambahan pula di Stadium Darul Aman.

Nafuzi juga menganggap faktor kekalahan 3-1 kepada Perak menjadikan skuadnya kembali bersemangat sekali gus menebus kekalahan pada perlawanan menentang Kedah.

“Selepas kekalahan pada perlawanan pertama kepada Perak, pemain sedar mengenai kelemahan perlu diperbaiki dan akhirnya mereka berjaya bangkit untuk mengutip tiga mata dan memberi keyakinan buat semua pemain di permulaan musim.

“Saya bangga dengan apa yang semua pemain tunjukkan dan dalam masa yang sama saya juga melihat masih ada kekurangan harus kita perbaiki pada perlawanan akan datang kerana walaupun menang 4-3 tetapi kita juga bolos tiga gol.”