Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengakui bekas pemainnya Brendan Gan memberi impak positif kepada Selangor dan beliau menjangkakan aksi yang cukup sengit bakal berlaku pada malam ini.
“Brendan merupakan seorang pemain yang sangat-sangat bagus dan Selangor begitu bertuah kerana memiliki pemain berkualiti sepertinya.
“Untuk Perak, sudah pasti ia bukan satu perlawanan yang mudah kerana bekas pemain kami kini bersama pihak lawan dan kerja keras perlu dilakukan untuk kami menguasai keseluruhan permainan.
“Walau apa pun, saya tetap berbangga dengan pemain-pemain yang saya ada ketika ini apabila mereka sudah membuktikan kemampuan dengan kemenangan pertama minggu lalu dan mereka perlu mempamerkan komitmen lebih tinggi.”