Liga Super Malaysia Berita

MFL: Stadium MBPJ pun tidak boleh digunakan

Selepas Stadium Shah Alam, Malaysian Football League (MFL) turut mengesahkan bahawa Stadium MBPJ di Kelana Jaya tidak dapat digunakan selepas mendapati kerja naiktaraf masih dijalankan.

Justeru, PJ City perlu mencari stadium alternatif untuk mengadakan perlawanan Liga Super.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani mendedahkan, hasil pemeriksaan
Stadium MBPJ mendapati keadaan padang juga tidak berada di tahap terbaik bagi perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Katanya,perkara itu telah dimaklumkan melalui surat rasmi kepada Kelab Bolasepak PJ City pada 26 Februari lalu hasil keputusan semakan pemeriksaan pada 25 Februari lalu.

“Keputusan pemeriksaan mendapati padang permainan tidak berada dalam keadaan
bersedia serta bilik-bilik persalinan masih berada dalam proses naik taraf dan tidak
dapat digunakan.
“Sehubungan dengan itu, pihak MFL memutuskan bahawa Stadium MBPJ tidak boleh digunapakai bagi penganjuran Liga Malaysia bagi musim 2020 sehingga kerja naik taraf itu selesai.

“PJ City telah dimaklumkan perkara ini di mana mereka perlu menamakan venue lain
sebagai gelanggang alternatif pada 28 Februari lalu.”

PJ City dijadualkan menentang Pahang pada aksi kedua Liga Super di Stadium MBPJ pada 6 Mac ini.