Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menolak dakwaan bahawa pasukannya akan menang mudah menentang Pahang pada perlawanan pembukaan Liga Super minggu ini, hanya kerana mereka kehilangan beberapa pemain, termasuk kapten pasukan Matthew Davies.
“Saya tidak setuju dengan pendapat itu,” katanya kepada Astro Arena.
“Davies hanya seorang sahaja, bukan 11 atau 23. Pahang tetap memiliki barisan pemain tempatan dan import yang bagus walaupun Davies sememangnya pemain yang hebat.”
Pada masa sama, penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun, mahu memulakan Liga Super dengan sebaik mungkin.
“Kami melalui kempen pramusim yang panjang. Jadi, saya harap kami meraih keputusan yang baik. Kami bekerja keras dan diharapkan mencatat keputusan baik dalam empat atau lima aksi pertama.”