Liga Super Malaysia Berita

Dua penalti bantu JDT tewaskan Turkmenistan

JDT meraih kemenangan kedua dalam pra-musim di Dubai, UAE apabila menewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-0.

Harimau Selatan mendahului pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti daripada Safawi Rasid pada minit 39.

Turkmenistan bagaimanapun menjaringkan gol penyamaan menerusi Metdayev Akmammet pada minit 53.

JDT sekali lagi memperoleh sepakan penalti dan ia dapat disempurnakan oleh penyerang Diogo Luis Santo pada minit 61.

Juara bertahan Liga Super itu akan bertemu kelab Slovakia, MSK Zilina pada 29 Jan dan menamatkan pra-musim di Dubai bertemu kelab UAE iaitu Emirates FC pada 30 Jan.