Hajat pemain tengah Manchester United, Paul Pogba untuk kembali beraksi terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan. Pemain antarabangsa Perancis itu telah disisihkan ekoran kecederaan yang dihadapi sejak bulan Oktober yang lalu.
ℓσα∂ιиg⏳..ωну ιм
αℓωαуѕ ∂αи¢ιиg 🙈😂
ραραяαzzι @NemanjaMatic pic.twitter.com/QQ45kOJk37— Paul Pogba (@paulpogba) November 30, 2019
Kali terakhir Pogba beraksi adalah ketika pertembungan menentang Arsenal di Old Trafford pada awal bulan Oktober. Laporan kesihatan menyatakan pemenang Piala Dunia 2018 itu disahkan mengalami kecederaan serius di bahagian pergelangan kaki.
Sepatutnya Pogba dijadualkan untuk kembali berlatih bersama skuad utama pada minggu ini. Namun yang demikian, ianya terpaksa ditangguhkan selama dua hari sehingga pemain itu pulih sepenuhnya.
Ketiadaan Pogba begitu memberi impak kepada bahagian tengah pasukan The Red Devils. Kehilangan enjin yang menggerakkan permainan ternyata mengganggu kualiti serangan Manchester United.
Kehadiran semula bekas bintang Juventus itu mampu memberi sinar dan harapan baru kepada pasukan. Malah, pemain di barisan serangan seperti Marcus Rashford dan Anthony Martial pasti gembira kerana pakar hantaran yang mengelirukan sudah kembali ke dalam skuad utama.
Sementara itu, Manchester United akan menjadi tuan rumah kepada Colchester United dalam saingan suku akhir Piala Carabao yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi esok.