Bekas ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac menginginkan posisi yang ditinggalkan Unai Emery di Arsenal. Kovac yang meninggalkan Bayern Munich ekoran prestasi yang mengecewakan pada November lepas dilihat berada di Goodison Park untuk menyaksikan perlawanan diantara Chelsea dan Everton.
Niko Kovac is at Goodison Park
More from @philkecho ⬇️https://t.co/P1qgemHOio pic.twitter.com/aINf1hPUlK
— Everton FC News (@LivEchoEFC) December 7, 2019
Kehadiran pengendali berusia 48 tahun itu menimbulkan desas-desus adakah beliau akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Marco Silva. Namun, wakil daripada pihak Kovac sendiri telah menyampaikan hajat secara rasmi kepada pihak Arsenal menurut laporan Goal.com .
Sebelum ini, Kovac telah berjaya membawa Bayern Munich untuk merangkul kejuaraan berganda di Jerman. Pada musim lepas, Bayern telah menjuarai Bundesliga dan DFB-Pokal sekaligus membawa pulang dua kejuaraan dalam satu musim.
Beberapa nama lain juga telah dikaitkan dengan The Gunners seperti bekas pemain, Mikel Arteta, Patrick Vieira, Mauricio Pochettino, Massimiliano Allegri, Brendan Rodgers, dan Marcelino Garcia Toral. Tetapi buat masa ini Freddie Ljungberg akan mengemudi skuad Arsenal sebagai pengendali sementara.
Tugas memburu ketua jurulatih giat dijalankan oleh Pengarah Teknikal, Edu dan Pengarah Bola Sepak, Raul Sanllehi buat masa ini dan proses ini berkemungkinan akan memakan yang agak panjang.
Arsenal memerlukan seorang pengendali yang mempunyai pengalaman yang luas untuk kembali membawa pasukan ke arah yang tepat dalam melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah. The Gunners telah membelanjakan ratusan juta pada jendela perpindahan pemain awal musim lepas namun belum membawa pulangan yang berbaloi buat pasukan.