Inter Milan terus cemerlang dalam saingan Serie A Itali selepas mencatat kemenangan kelima berturut-turut dengan menewaskan SPAL 2-1 di gelanggang sendiri semalam. Dua gol jaringan bintang muda sensasi, Lautaro Martinez sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat pasukan bimbingan Antonio Conte.
🔝 | LEAGUE LEADERS
There was an opportunity to seize. And we did exactly that.
Good night, #InterFans! 🖤💙 pic.twitter.com/qrUYTWXOif
— Inter ⭐⭐ (@Inter_en) December 1, 2019
Kemenangan itu sekaligus meletakkan Inter di tangga teratas liga dengan 37 mata, satu mata dihadapan Juventus yang seri 2-2 dengan Sassuolo. Persembahan cemerlang Inter ini adalah hasil kerja berpasukan. Kadangkala jika Lautaro Martinez tidak berada dalam senarai penjaring, Romelu Lukaku akan memainkan peranan tersebut.
Malah, pemain di setiap posisi juga menunjukkan aksi yang positif sejak daripada awal musim lagi. Antara yang menyerlah selain dua penggempur mereka ialah Samir Handanovic, Stefan de Vrij, dan Marcelo Brozovic.
Selain itu, keistimewaan taktikal 3-5-2 yang digunakan oleh Antonio Conte juga menjadi senjata rahsia buat pasukan. Setakat ini, Inter hanya mencatat tiga kekalahan dalam semua kejohanan. Walaubagaimanapun, tugas berat menanti mereka andai mahu melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila wajib menang dalam pertembungan bertemu Barcelona pada Rabu minggu depan.
Statistik turut melaporkan gandingan Lukaku dan Martinez mampu memberi ancaman kepada hampir semua pasukan lawan. Impak yang ditonjolkan kedua-dua pemain ini sudah cukup untuk membawa Inter untuk menjulang apa-apa kejuaraan bagi musim ini.