Pemain muda berbakat yang berpangkalan di Amerika Syarikat bersama pasukan Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal meluahkan kekecewaan selepas tidak disenaraikan dalam senarai 20 pemain yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA 2019.
Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan mempunyai masalah dokumentasi yang menyebabkan dia tidak dapat bermain bersama skuad B-22 negara. Sebelum ini, Wan Kuzain telah menyertai kem latihan pusat dibawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee sejak minggu lepas.
Gutted to not be able to represent Malaysia in the upcoming SEA Games. I hoped that everything would work out and allow me to take part, but unfortunately it wasn’t meant to be this time. Good luck to the team in the Phillippines! 🇲🇾🥇
— Wan Kuzain (@LeKuz7) November 23, 2019
‘Sedikit kecewa kerana tidak dapat mewakili Malaysia pada kejohanan Sukan SEA. Saya harap semuanya berjalan lancar untuk menyertai pasukan tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Selamat berjaya kepada pasukan yang akan bermain di Filipina’, tulisnya dalam satu ciapan di laman sosial Twitter.
Nama Wan Kuzain mula meniti di bibir peminat tempatan bola sepak apabila melihat aksi luar biasa yang dipamerkan bersama Sporting Kansas City. Wan Kuzain juga memiliki kebolehan untuk bermain di beberapa posisi seperti bahagian tengah dan serangan.
Dalam pada itu, Ketua Jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain itu. Beliau menghantar satu ciapan di laman sosial Twitter, ‘Masa dan destinasi yang betul akan tiba, Selamat berjaya di masa hadapan’.
The right time and place will come. Good luck for your future @LeKuz7 pic.twitter.com/IdU7EVy1ia
— OKS (@OKS_Rhinos) November 22, 2019
Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee akan memulakan kempen kejohanan Sukan SEA menentang Myanmar pada petang ini. Skuad Harimau Muda pastinya memburu kemenangan sulung pada perlawanan pembukaan tersebut.