Eropah Berita

Aubameyang ganti Xhaka

Ketua jurulatih Arsenal, Unai Emery telah mengesahkan bahawa posisi Granit Xhaka sebagai ketua pasukan di kem Arsenal akan diambil alih oleh Pierre Emerick Aubameyang.

‘Saya telah bercakap dengan dia (Xhaka) pagi ini dan telah memutuskan dia (Xhaka) bukan lagi ketua pasukan. Dia (Xhaka) menerima keputusan tersebut’. Katanya dalam sidang media menjelang pertemuan Arsenal dengan Vitoria SC.

Ian Wright welcomes Eze back home to Arsenal
Keep WatchingNext video in 8 seconds
0 seconds of 1 minute, 15 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Surridge overtakes Messi in MLS top scorers with this goal
00:51
00:00
01:15
01:15
 

Keputusan pengendali Sepanyol itu berlaku berikutan tindakan pemain tengah antarabangsa Switzerland yang memberi respon negatif ketika dikeluarkan pada perlawanan menentang Crystal Palace hujung bulan Oktober lepas.

Tindakan Xhaka telah mendapat kecaman hebat daripada ramai pihak. Namun begitu, Xhaka telah mengeluarkan kenyataan balas pada minggu lepas di laman sosial Instagramnya dengan menjelaskan apa yang sedang berlaku terhadap dirinya.

Oleh yang demikian, penolong ketua pasukan sebelum ini, Pierre Emerick Aubameyang akan menggalas tugas sebagai ketua pasukan bermula pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini. Selain Aubameyang, tiga nama pemain lain yang turut berpotensi untuk dinamakan sebagai penolong ketua pasukan ialah Hector Bellerin, Alexandre Lacazette, dan Mesut Ozil.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Dalam pada itu, Xhaka tidak disenaraikan dalam senarai pemain yang akan beraksi dalam perlawanan menentang Vitoria SC bagi saingan Liga Eropah awal pagi Jumaat ini. Ketua pasukan yang baru, Pierre Emerick Aubameyang bersama beberapa pemain utama lain seperti Mesut Ozil dan David Luiz turut direhatkan.