Real Madrid terus menghimpit pendahulu liga, Barcelona dengan mencatat kemenangan bergaya 5-0 keatas Leganes.
Lima gol masing-masing hasil jaringan Rodrygo, Toni Kroos, Sergio Ramos, Karim Benzema, dan Luka Jovic meletakkan Los Blancos di tangga kedua liga dengan 21 mata.
Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane memuji aksi anak buahnya dan gol yang dijaringkan Luka Jovic. ‘Kami perlukan gol daripada dia (Jovic) kerana dia jarang beraksi. Ianya satu jaringan cantik. Tandukan kemas. Dia sukakan jaringan’, tambah Zidane.
Zidane on Jovic's goal against Leganes pic.twitter.com/BVqv5ZB3Tl
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) October 31, 2019
Real Madrid begitu mendominasi permainan dengan 22 percubaan kearah gol. Malah, kombinasi Rodrygo, Karim Benzema, dan Eden Hazard juga dilihat begitu berbahaya.
Manakala, pasukan pelawat yang menyerap serangan hanya mampu menghasilkan tiga percubaan tepat kearah gawang gol pasukan tuan rumah.
Dalam perkembangan lain, Gareth Bale sekali lagi disisihkan oleh Zidane pada perlawanan ini. Desas-desus juga menyatakan Bale mempunyai hubungan yang kurang baik bersama Zidane. Namun begitu, pemain antarabangsa Wales itu masih mempamerkan persembahan cemerlang dengan dua jaringan gol daripada enam penampilan liga.