Skuad futsal kebangsaan diikat pasukan tuan rumah, China 4-4 pada perlawanan kedua kejohanan ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019’di Qingbaijing Sports Centre, Chengdu City, China.
China menyekat kemaraan skuad bimbingan Chiew Chun Yong yang bermula garang pada perlawanan pembukaan apabila membenam Mexico 9-2. Ridzwan Bakri dan Awalludin Mat Nawi meneruskan rekod cemerlang dengan menyumbat satu gol, manakala satu gol dijaringkan Saiful Nizam Mohd Ali dan satu lagi gol sendiri pemain pasukan China.
Malaysia akan melengkapkan satu lagi perlawanan pada hari selasa menentang Myanmar sebelum berangkat pulang ke tanah air.