Kolum

Indonesia 2-3 Malaysia: Lima perkara yang anda perlu tahu

 

1. SAMBUTAN PANAS DARIPADA PENYOKONG TUAN RUMAH

Penyokong pasukan Malaysia yang tiba di Stadium Gelora Bung Karno disambut dengan ‘hujan batu’ sebelum perlawanan bermula. Provokasi melampau penyokong tuan rumah menyebabkan keselamatan penyokong Harimau Malaya terjejas. Dikhabarkan ada segelintir penyokong yang menghadapi kecederaan ringan.

 

2. TIGA PEMAIN NATURALISASI BERAKSI

Tuan rumah menurunkan dua pemain naturalisasi iaitu Beto Goncalves dan Stefano Lilipaly manakala Malaysia mempertaruhkan hanya seorang pemain naturalisasi yang mewakili skuad Pahang, Mohamadou Sumareh. Goncalves dan Sumareh menyumbang dua gol buat pasukan masing-masing dimana kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya dengan keputusan 3-2.

 

3. PEMAIN MALAYSIA NAIK BARRACUDA

Situasi tegang di stadium mengakibatkan keharmonian dan keamanan menuju ke jalan buntu. Para pemain dan pegawai pengurusan pasukan Harimau Malaya terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda setelah menghadapi kesukaran untuk keluar daripada stadium. Sebelum perlawanan bermula, para pemain dan pegawai pengurusan menaiki bas dan tiba di stadium dalan keadaan aman. Ini merupakan kali ketiga pasukan Malaysia menikmati ‘keselesaan’ kereta perisai Barracuda selepas insiden yang berlaku pada pada final Piala AFF 2010 dan temasya Sukan SEA 2011.

4. SATU KAD KUNING

Walaupun perlawanan diantara kedua-dua pasukan dilihat tegang tetapi pengadil perlawanan, Ko Hyung Jin dari Korea hanya melayangkan satu kad kuning sepanjang perlawanan berlangsung. Pemain bek kiri Malaysia, Corbin Ong menjadi pemain tunggal yang menerima kad kuning pada minit ke-55.

 

5. PERLAWANAN TERHENTI

Jika diteliti semula, para penonton yang menonton perlawanan Indonesia menentang Malaysia menerusi siaran langsung di kaca televisyen pasti tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku ketika perlawanan diberhentikan seketika pada minit ke-69. Laporan menyatakan bahawa ada segelintir penyokong tuan rumah yang cuba mencerobohi ruang kawasan penyokong pelawat. Ketika insiden berlangsung, kedua-dua pasukan terikat 2-2 sejurus selepas Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan pada minit ke-66.