Pemain kelahiran Belanda, Virgil van Dijk dipilih sebagai pemain terbaik di Eropah untuk musim 2018/19, mengalahkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Pemain pertahanan Liverpool berjaya memenangi Liga Juara-juara dengan Reds, sama seperti Luka Modric memenangi gelaran dengan Real Madrid sebelum diberikan anugerah sama tahun lalu.
Lapan puluh jurulatih yang mengambil bahagian dalam undian pemain terbaik Liga Juara-Juara dan Liga Europa, bersama-sama dengan 55 wartawan yang dipilih oleh European Sports Media.
Setiap pengundi perlu memilih tiga pemain dengan skor lima mata, tiga mata atau satu, manakala jurulatih tidak dapat mengundi pemain mereka sendiri.
Alisson Becker menduduki tempat keempat, dengan Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing kelima dan keenam untuk menyempurnakan barisan pemain Liverpool.
Eden Hazard, Matthijs de Ligt, Frenkie de Jong dan Raheem Sterling berada di kedudukan sepuluh terbaik.
Van Dijk adalah pertahanan pertama untuk memenangi anugerah ini, selepas Modric mengalahkan Ronaldo dan Mohamed Salah musim lalu.
Allisson berjaya merangkul penjaga gol terbaik
Kedua-dua pemain Liverpool, Alisson Becker dan Virgil van Dijk memenangi anugerah untuk penjaga gol dan pertahanan terbaik dalam Liga Juara-Juara musim lalu.
Penjaga gol kelahiran Brazil menewaskan tonggak utama Tottenham, Hugo Lloris dan pemain Barcelona, Marc-Andre ter Stegen.
Alisson berjaya menambah trofi – individu dan kolektif – setelah beliau berjaya memenangi Copa America bersama Brazil dan Liga Juara-Juara bersama Liverpool.
Sementara itu, Van Dijk mendahului rakan sepasukannya, Trent Alexander-Arnold dan rakannya di skuad Belanda, Matthijs de Ligt yang mengetuai Ajax ke separuh akhir sebelum menyertai Juventus pada musim panas ini.