Luar Negara Berita

Liga Juara-Juara yang penuh dengan cerita dan konflik

Dengan beberapa kisah menarik sepanjang Liga Juara-Juara musim lalu dan ianya kembali kepada episod baharu apabila beberapa plot menarik telah terjadi sepanjang undian Liga Juara-Juara musim ini.

Ada pasukan yang bakal menentang pasukan sama musim lalu, bekas pemain akan bertemu pasukan mereka dan luka yang dibuka semula.

Real Madrid dan Barcelona

Salah satu perlawanan tumpuan pada kali ini semestinya berkisar di dada Kumpulan A apabila Real Madrid bakal turun menemui Paris Saint-Germain.

Los Blancos mungkin akan menghadapi Keylor Navas yang dilaporkan mahu keluar dan menyertai PSG, selain itu mereka bakal menghadapi halangan dari Mbappe atau mungkin juga Neymar.

Kedua-dua pasukan ini pernah bertemu di pusingan 16 pada musim 2017/18, dengan Madrid berjaya memenangi perlawanan.

Barcelona yang tewas ditangan Liverpool musim lalu juga mempunyai cerita menarik untuk diberitahu.

Catalans berada dalam salah satu kumpulan terkuat dengan Borussia Dortmund dan Inter bakal menghalang laluan mereka pada saingan kali ini.

Semestinya dengan berita Alexis Sanchez yang berhijrah ke Inter bakal menghangatkan lagi perlawanan ini nanti.

Joao Felix vs Cristiano Ronaldo

Juventus dan Atletico Madrid sekali lagi bertemu dalam saingan peringkat kumpulan.

Ceritanya kali ini sudah pastinya Atletico Madrid mahu membalas dendam terhadap kekalahan pada musim lalu di tangan Juventus dalam saingan Pusingan 16.

Tetapi apa yang lebih menarik adalah pertemuan dua rakan sejawat Portugal – Cristiano Ronaldo dan Joao Felix – pada peringkat kali ini.

Pemain muda Portugal semestinya mahu bersinar dan mahu mengesahkan statusnya sebagai bintang.

Juara bertemu musuh

Liverpool dan Napoli mempunyai kisah yang menarik musim lalu apabila Reds menendang Napoli keluar dari saingan kumpulan untuk layak ke peringkat kalah mati.

Ceritanya tetap sama, tetapi mungkin nasib kedua-dua pasukan berbeza.