Malaysia Berita

FAM adakan perbincangan dua hala dengan Jepun

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) mengadakan pertemuan dua mata di Tokyo bagi membincangkan kerjasama dua hala berpandukan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Pejabat Perdana Menteri, April lalu.

FAM hadir ke Jepun diketuai Presidennya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, atas jemputan rakan sejawatannya di JFA, Kohzo Tashima.

Selain barisan exco FAM, turut menganggotai delegasi FAM ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail dan Ahmad Redzuan Shafi, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan.

Lawatan ini bagi membuka ruang kepada FAM untuk bekerjasama dengan JFA di dalam aspek kejurulatihan, kem latihan skuad kebangsaan, program pembangunan pengadil, pembangunan teknikal dan belia.

JFA Tawar Permuafakatan dengan FAMPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) mengadakan…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, 27 August 2019

Turut menjadi perbincangan adalah pembangunan akar umbi, pembangunan bagi bola sepak wanita dan futsal.

“Delegasi FAM juga dimaklumkan pembangunan akar umbi di Jepun tiada punyai had usia bagi memastikan setiap golongan dan lapisan masyarakat diberi ruang menikmati bola sepak dalam pelbagai bola sepak seperti pesta bola sepak kanak-kanak dan bola sepak berjalan atau ‘walking football’.

“Setakat Mac 2019, JFA memaklumkan kepada delegasi FAM bahawa Jepun mempunyai sejumlah 889,959 pemain, 27,918 pasukan, 81,883 jurulatih dan 274,544 pengadil. Jumlah penduduk Jepun ialah 127 juta.” Kata kenyataan terbabit.