Luar Negara Berita

Liverpool vs Arsenal : Ujian sebenar kedua-dua pasukan

Liverpool dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mencipta kemenangan ketiga pada pertemuan dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, Sabtu ini.

Selepas tewas Community Shield di tangan Manchester City, Liverpool bangkit meraih kejuaraan Piala Super Eropah dengan menewaskan skuad kendalian Frank Lampard, Chelsea pada pertemuan di Istanbul bulan lalu.

Arsenal juga mampu untuk mencatat kemenangan ketiga pada pertemuan ini selepas berjaya menundukkan Newcastle United dan Burnley pada dua perlawanan awal.

Rekod pertemuan

Rekod pertemuan Liverpool menentang Arsenal jelas memihak kepada The Reds sebanyak 87 kali kemenangan berbanding Arsenal, 78 kali.

Paling terbaharu adalah kemenangan 5-1 oleh Liverpool ke atas Arsenal.

Biarpun Arsenal bermula garang dengan jaringan awal Ainsley Maitland-Niles, Liverpool berjaya bangkit menerusi Roberto Firmino, Sadio Mane dan juga Mo Salah.

Jangkaan

Arsenal sudah berubah, itu yang jelas. Mereka telah menghabiskan jendela musim panas lalu dengan memborong pemain untuk memantapkan pasukan.

Kemasukan Ceballos yang dipinjamkan daripada Real Madrid nyata memberi kesan yang positif kepada skuad Unai Emery.

Manakala Liverpool pula tidak melakukan perpindahan besar untuk menguatkan skuad mereka – Adrian dan pemain muda. Jurgen Klopp jelas percaya dengan kualiti sedia ada pasukannya.

Liverpool vs Arsenal : 2-2