Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah mengumumkan kerjasama dengan lima kali pemenang Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo.
Pemain kelahiran Portugal itu bakal bekerjasama dengan Shopee dalam pelbagai inisiatif menarik serta membantu Shopee dalam memberi inspirasi kepada pengguna mereka di rantau ini dan semuanya bermula dengan kempen Shopee 9.9 Super Shopping Day.
Dalam satu temubual dengan Pegawai Eksekutif Shopee, Chris Feng berkata ; “Kami dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama kami dengan Cristiano Ronaldo, salah satu atlet paling hebat di zaman kami.
“Beliau merupakan sumber inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak setanding dengan komitmen kami kepada pengguna kami.
“Bersama Cristiano Ronaldo, kami berharap untuk membawa kesan positif yang berkekalan bagi rantau kita.” Katanya.
Kerjasama ini bakal memberi peluang kepada pengguna Shopee untuk merasa lebih dekat dengan bintang bola sepak dunia dan juga ikon bola sepak global.
Antara pelan awal yang telah dilakukan oleh Shopee adalah dengan membawa masuk Ronaldo menjadi bintang utama dalam iklan televisyen baru Shopee yang telah disiarkan pada 16 Ogos di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini.
Selain daripada itu, buat pertama kali di Asia Tenggara dan Taiwan, peminat dapat mengenali Cristiano Ronaldo dengan lebih dekat menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang hanya terdapat di Shopee Live.
https://www.youtube.com/watch?v=caJ6kl4tPSs
“Saya bangga menjadi duta jenama Shopee kerana kami berkongsi cita-cita yang sama, iaitu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kepakaran kami.” Kata Cristiano Ronaldo kepada media.
“Saya sentiasa memperbaiki permainan saya untuk peminat dan pasukan saya, sama seperti Shopee sentiasa berusaha untuk membawa inovasi demi manfaat pengguna di rantau ini.
“Saya teruja dengan kerjasama ini dan berharap untuk mencipta lebih banyak detik istimewa untuk peminat saya bersama dengan Shopee.”