Malaysia Berita

Skuad B-15 tahun mahu jadikan Jepun mangsa seterusnya

Skuad bawah 15 tahun (B-15) bakal bertemu negara matahari terbit, Jepun pada kempen kelayakan Kejuaraan Konfedarsi Bolasepak Asia (AFC), bulan depan.

Skuad yang sama pernah bertemu dengan gergasi Asia pada aksi Piala Wuhan, Ogos lalu, namun tewas 3-1.

Walau bagaimanapun, bagi Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar dan Mohamad Khairil Mohd Zain, mereka merasakan kekalahan pada Ogos lalu adalah kesilapan sendiri dan mereka percaya aksi berbeza bakal ditampilkan bulan hadapan.

Keyakinan untuk menewaskan Jepun diluahkan oleh kedua-dua pemain pada satu temubual dengan BH Sukan di mana mereka percaya dengan kemampuan skuad yang ada serta berjanji akan memberi komitmen 200 peratus.

“Kalah (kepada Jepun) ketika itu sebab kesilapan kami sendiri yang membolehkan mereka menjaringkan gol. Dengan komitmen seluruh pasukan, InsyaAllah kami boleh,” katanya.

Skuad kendalian P Maniam setakat ini telah berjaya menjuarai Kejuaraan AFF B-15 selepas menundukkan Thailand,2-1 di peringkat akhir.

Mereka telah diberikan cuti selamat tiga hari bagi bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha.