Luar Negara Berita

Penyokong Liverpool, Manchester City bergaduh

Sebelum perlawanan di antara Liverpool dan Manchester City dalam saingan Community Shield di Stadium Wembley, insiden pergaduhan melibatkan kedua-dua penyokong telah terjadi.

SportBible melaporkan bahawa pertempuran berlaku di dalam gerabak keretapi yang menuju ke Stadium Wembley.

Kedua-dua kumpulan peminat dilaporkan telah melemparkan kata-kata kesat sebelum kedua-dua penyokong mula bertumbuk sehingga seorang penyokong Liverpool dilaporkan berdarah di bahagian muka sebelum di bawa keluar.

Pihak berkuasa dilaporkan telah mengesahkan kejadian terbabit dan sedang menyiasat mengenai insiden terbabit.