Kolum

Atletico Madrid buktikan pengorbanan perlu diambil demi sebuah perubahan

Diego Simeone sedar bahawa perubahan demi perubahan di Atletico Madrid telah mencairkan reputasi mereka sebagai kelab milik peminat.

Setelah berbelanja pada jendela musim panas ini serta bermain di era moden Stadium Wanda Metropolitano, Atletico sudah mengubah arah selari dengan arus kemodenan bola sepak dunia.

“Tidak, tidak lagi,” kata Simeone kepada La Nacion apabila ditanya sama ada Los Rojiblancos masih menjadi kelab milik peminat.

“Sekarang kami mempunyai stadium yang luar biasa dan tahun hadapan kami akan membuka pusat latihan pada tahap yang kelab ini layak.

“Sekarang dengan pengurusan yang sangat baik, stadium dan kemudahan, kami boleh membeli pemain seperti [Thomas] Lemar dan Joao Felix.”

Asas yang dibina oleh Simeone pada hari pertama beliau bertandang sebagai jurulatih Los Rojiblancos masih kukuh, tetapi semuanya sudah mula berubah.

Atletico telah mengalami satu perubahan besar sejak tahun 2012, mereka kini mampu bersaing dengan kelab gergasi Eropah dan berikut adalah beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh Los Rojiblancos.

Belanjawan dan pelaburan

Musim panas ini sahaja, Atletico telah menghabiskan 243 juta euro, jauh lebih tinggi daripada jendela musim panas tahun 2012 sewaktu mereka mendapatkan lima pemain baharu dalam satu musim – Emiliano Insua, Cata Diaz, Emre Belozoglu, Cristian Rodriguez dan Domingo Cisma.

Bajet yang diberikan pada tahun itu ialah 123 juta euro.

Stadium baru

Stadium Wanda Metropolitano adalah salah satu gelanggang yang penuh sejarah yang memberi manfaat kepada perkembangan positif kelab.

Jumlah peminat semakin bertambah dan pendapatan Los Rojiblancos juga meningkat. Justeru pembesaran Metropolitano dilakukan bagi memberi nafas baru kepada pasukan yang dulunya hanya mampu memuatkan 40,000 penyokong tetapi sekarang lebih 60,000 penyokong bakal hadir.

Pemain bintang

Joao Felix datang pada musim panas tahun ini, Alvaro Morata tiba sebelum itu, dan Thomas Lemar datang dua musim sebelum itu. Atletico Madrid telah menunjukkan kemampuan mereka bersaing bersama-sama pasukan gergasi Eropah bagi mendapatkan pemain bintang.

Infrastruktur yang baik

Los Rajiblancos bakal meningkatkan mutu pusat latihan mereka yang terletak di Alcala de Henare, di mana pusat latihan ini telah berkhidmat daripada pasukan akademi sehinggalah pasukan utama.