Malaysia Bawah 15 meneruskan aksi cemerlang dengan menjadikan Australia sebagai mangsa ketiga apabila mudah meraih kemenangan 3-0 bagi mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan B pada Kejuaraan Bawah 15 tahun (B-15) AFF 2019 di Chonburi.
Anak buah P Maniam sebelum ini mencipta kemenangan ketika bertemu Brunei dengan jaringan 8-0 manakala bertemu Kemboja skuad negara menang 2-0.
Jaringan Malaysia hadir melalui sepakan penalti Mohd Daniel Edzuan Mohd Anuar dan Muhd Nabil Qayyum pada minit ke 27.
Malaysia berjaya mendapat mata maksimum untuk mendahului kumpulan.