Luar Negara Berita

Video – Kebenaran di sebalik hubungan keruh Jose Mourinho dan Paul Pogba

Bekas pemain muda Manchester United telah berkongsi satu cerita menarik mengenai hubungan Jose Mourinho dan Paul Pogba di Old Trafford.

Jurulatih kelahiran Portugal sebelum ini terkenal dengan cerita hubungan keruh di antara beliau dan bintang Perancis, Paul Pogba.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh All About United, pemain muda yang tidak disebut namanya menceritakan bagaimana cara Mourinho melayan pemain muda.

“Walaupun telah menjalani hampir 15 sesi latihan di bawah Mourinho, dia tidak pernah bercakap walau satu perkataan kepada saya. Sesi yang saya terlibat adalah sebahagiannya bersama Kieran McKenna dan Michael Carrick. Mourinho jarang bercakap,” katanya.

“Beliau selalunya memanggil [pemain muda] dengan panggilan ‘kid’. Bukannya memanggil dengan nama mereka seperti pasukan senior. Kebanyakkan pemain muda terasa sedikit kecewa.

“Mourinho [pernah merancang] mahu memindahkan semua pemain muda dari tempat pasukan senior ke kawasan bawah, tetapi pengurusan di atasnya [sempat] menghentikannya. Kami [pemain muda] tidak dibenarkan ke kolam renang atau kawasan mandi ais jika ada skuad dari pasukan senior berada di sana.

“Ia tidak terasa seperti sebuah pasukan. Para pemain pasukan senior akan makan tengah hari sama ada sendiri atau dua atau tiga [orang] dan bukan sebagai satu pasukan.

“Semasa rehat antarabangsa, apabila pemain yang tidak dipilih untuk negara mereka masih menjalani latihan di Manchester, Mourinho akan pergi bercuti dan pemain perlu melatih bersama kami. Dia akan sentiasa bercuti.

“Terdapat 8-10 pemain yang baik, seperti Ander Herrera, Juan Mata, Luke Shaw, Chris Smalling dan Anthony Martial. Mereka semua sangat profesional mengenainya, terutama Herrera, yang merupakan pemain paling profesional di kelab itu.”

Menurut bekas pemain muda United, ramai pemain senior di kelab itu “tidak suka Mourinho” dan beberapa dari mereka bahkan “melantun dan ketawa selepas dia dipecat.”

Beliau meneruskan: “Seluruh mood di sekitar tempat itu berubah dengan serta-merta tetapi tidak ada yang mengharapkan dia dipecat, dan [ketika berita beliau dipecat] semua orang terkejut.

“Pemain-pemain yang anda harapkan akan gembira, seperti Martial. Pogba sepertinya tidak, saya tidak fikir dia dan Mourinho pernah bergaduh.

“Pogba hanya kecewa dengan cara [pasukan] bermain.”

Pogba sebelum ini dikatakan memohon kepada pengurusan United untuk keluar daripada kelab bagi menyertai pasukan lain, dengan Real Madrid dan Juventus dikatakan mahu mendapatkan khidmatnya.

Bekas pemain muda United tampil mempertahan Paul Pogba yang dikatakan pemain yang bermasalah.

“Kisah di mana Pogba tidak baik dengan kelab itu tidak benar, setiap orang di kelab sukakan dia, Pogba akan berbual dengan semua orang, tidak kira siapa anda, semua orang pernah bercakap dengannya, dari pemain muda [hingga] ke pencuci,” katanya.

“Dalam latihan, dia akan selalu berkata ‘jika anda tidak tahu apa yang harus dilakukan, hantar bola kepada saya walaupun saya dikawal.’ Tidak ada seorang pun di kelab akan mengatakan kata-kata buruk tentangnya. Dari tukang masak kepada jurulatih, guru di kolej dan semua kakitangan lain.

“Dia adalah orang yang sempurna di kelab ini, setiap orang sentiasa kagum dengan usaha yang dilakukannya untuk Yayasan United, dan dia akan sentiasa berusaha keras untuk terus maju.”