Luar Negara Berita

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi hadapi tuduhan terbaru libatkan perpindahan Pastore

Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi, ahli jawatankuasa eksekutif UEFA dan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam pentadbiran sukan bola sepak dunia didakwa melanggar peraturan FIFA ketika melakukan perpindahan masuk pemain tengah Argentina, Javier Pastore pada tahun 2011.

Al-Khelaifi sebelum ini telah disiasat di Perancis di atas tuduhan rasuah dalam mendapatkan hak Piala Dunia Qatar dan juga menghadapi tuduhan di Switzerland berkaitan pemberian hak penyiaran Piala Dunia 2026 dan 2030.

Beliau kini menghadapi tuduhan terbaru apabila didakwa meminta pihak berkuasa Qatar untuk mengeluarkan dana sebanyak € 2 juta bagi membayar agen pemain Argentina tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan Guardian, Al-Khelaifi telah menandatangi satu surat kepada ketua staf tertinggi di Qatar bagi meminta bantuan untuk menandatangani Pastore dari kelab Palermo ke PSG pada 2011 dengan nilai sebagai € 40 juta ditambah bonus.

(Photo by liewig christian/Corbis via Getty Images)

Ianya adalah dilarang sama sekali bagi presiden kelab secara peribadi membayar ejen pemain.

Menurut artikel tujuh peraturan FIFA, “apa-apa pembayaran untuk perkhidmatan perantara [ejen] hendaklah dibuat secara eksklusif oleh klien [kelab] kepada perantara [ejen]”.

Dalam perkembangan yang sama, peguam yang mewakili Presiden PSG telah mengeluarkan satu kenyataan dengan menafikan segala dakwaan anak guamnya.

Beliau turut menyatakan bahawa segala dokumen yang dikeluarkan adalah palsu.

“Adalah jelas bahawa dokumen ini palsu,” kenyataan itu dibaca.

“Sekarang ia adalah awam, jelas bahawa dokumen itu palsu dan tidak diterbitkan, ditulis atau ditandatangani oleh Al-Khelaifi.

“Pelanggan kami akan memfailkan aduan terhadap media untuk penggunaan dokumentasi palsu.”