Terengganu FC (TFC) menghadapi misi sukar berdepan PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam ini.
Rekod buruk yang di pegang TFC dalam enam pertemuan terakhir menyaksikan skuad dari Pantai Timur mengalami tiga kekalahan dan tiga keputusan seri sejak 2014.
Manakala pada musim lalu, mereka mudah ditewaskan PKNS FC dengan 4-0 pada aksi Liga Super pada pusingan kedua di stadium yang sama.
Bagi jurulatih skuad TFC, Nafuzi Zain mahu anak buahnya memadam rekod buruk TFC apabila bertandang ke Stadium Shah Alam menentang PKNS FC.
Biarpun rekod tersebut memberi gambaran buruk terhadap prestasi TFC ketika menentang PKNS tetapi beliau percaya akan kemampuan anak buahnya bagi menewaskan skuad kendalian Datuk K Rajagopal.
“Bagi saya itu hanyalah rekod sebelum ini dan apa yang penting adalah persembahan 11 lawan 11 pemain di padang pada malam esok.
“Kami percaya pemain mampu menewaskan mana-mana pasukan jika meraka beraksi dengan baik,” kata kepada BH Sukan.
Dalam perkembangan yang sama, Wan Ahmad Amirzafran tidak akan diturunkan kerana digantung perlawanan manaka penyerang TFC, Ashari Shamsudin dan dua pemain lain – Khairul Anwar dan Khairu Azrin – masih bergelut dengan masalah kecederaan.