Luar Negara Berita

Joao Felix pemain keempat paling mahal sepanjang masa

Joao Felix telah secara rasmi menjadi pemain Atletico Madrid selepas membuat perpindahan keluar dari Benfica.

Pada usia 19 tahun, Felix jelas telah berjaya menangkap mata kelab gergasi Eropah dengan aksi beliau bersama Benfica dan telah menjadi perebutan di antara Manchester City dan juga Atletico Madrid tetapi pemain ini lebih berminat berpindah ke Wanda Metropolitano.

Penyerang muda ini akan menjadi wajah masa hadapan Madrid dengan mereka mahu melangkah melewati zaman Antoine Griezman, dengan tanda harga sebanyak 127.2 juta euro dan mempunyai klausa pelepasan sebanyak 120 juta euro.

Ini bermakna beliau bukan sahaja menjadi pemain dengan rekod tertinggi pembelian Los Rojiblancos tetapi pembelian keempat paling mahal sepanjang masa di belakang Neymar, Kylian Mbappe dan Philippe Coutinho.